Tahukah anda edisi kedua ???








Assalammualaikum dan selamat hari minggu buat semua, Harini tangan sangat rajin untuk menulis blog. Posting pada kali ini adalah saya ingin berkongsi tentang CCTV yang terdapat di sekitar kawasan pasir gudang.



Untuk kursus ini, saya dan rakan - rakan yang lain telah ditugaskan  untuk memilih sebuah organisasi untuk menemuduga pihak IT tentang analisis persediaan rangkaian dan kami telah memilih Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG)









Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) terletak di bangunan aqobah . Jumlah aras menara aqabah sebanyak 21 aras dan jabatan / bahagian IT terletak diaras 14.






Gambar rajah 1 





Gambar rajah 2 



Setiap tiang yang diletakkan mempunyai kamera CCTV 360 darjah dan juga healer speaker . Kamera CCTV 360 darjah bertujuan memantau aktiviti masyarakat selama 24 jam dan dapat merakam akitivi jenayah seperti ragut , mencuri dan sebagainya. Bagi kegunaan speaker healer pula adalah untuk membesarkan suara memberitahu pengguna yang salah meletakkan tempat kereta ataupun meletetakkan satu kereta pada 2 kotak parking. Speaker healer bukan bertujuan untuk karoake ye pada tengahari buta. huhuu



Pada Gambar rajah 2 pula ialah seperti antena menggunakan sistem wireless menghantar data video tersebut yang dihubungkan terus ke Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan IPD Seri Alam.
 Betapa hebat dan canggih nya teknologi sekarang . Jadi selepas ni hati-hati ya kalau nak buat jahat tu anda sedang diperhatikan. hahaha.



Jadi kesimpulannya, kewujudan tiang CCTV dan healer speaker ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah yang semakin berleluasa. Buat pengetahuan semua, kawasan Pasir Gudang sangat bahaya dan kebanyakan aktiviti jenayah adalah seperti Meragut dan Mencuri dan secara tidak langsung memudahkan polis untuk menangkap penjenayah . sekian sahaja terima kasih  .



Comments

Popular Posts