Data Komunikasi



Post untuk kali ini lebih membincangkan kepada data , data komunikasi , pemindahan data dan sebagainya .


Apakah yang dimaksudkan dengan data? Bukan penyayi Data Shidi ye hehehe
Data yang telah diproses, diatur, disimpan dan akan digunakan untuk mendapatkan maklumat


Bagi komunikasi data pula ialah 


- Proses pemindahan maklumat dalam bentuk data digital (binari) di antara dua atau lebih alat yang digunakan sistem penyampaian elektronik.


- Komunikasi data dihantar melalui medium seperti wayar, kabel coaxial ,  fiber optik , atau radiasi
gelombang elektromagnet


- Contohnya  radio siaran, inframerah ,cahaya, ketuhar gelombang mikro, dan satelit.



Data datang dalam pelbagai bentuk seperti teks, suara, gambar dan video .Semua jenis maklumat ini perlu diubah kepada isyarat yang boleh difahami oleh media komunikasi untuk menghantar data dari satu tempat ke tempat lain.


Oleh itu data datang dari 2 jenis bentuk



1) Isyarat Analog

- Sama seperti suara manusia

-Dibentuk dengan voltan berterusan yang berbeza yang mencipta gelombang oleh pemancar analog seperti mikrofon







2) Isyarat digital

Transmisi binari elektrik atau denyutan cahaya yang hanya ada dua keadaan yang mungkin, 0 dan 1 (bahasa komputer)






MOD PENGHANTARAN DATA 




Data didigitalkan kemudiannya dihantar melalui


1. Penghantaran Selari

- data dihantar sekurang-kurangnya satu byte pada satu masa, setiap bit dalam byte
mengambil laluan berasingan

-penghantaran data adalah lebih laju kerana setiap byte melalui laluan yang berasingan


2.Penghantaran Serial

- data dihantar satu bit pada satu masa, satu demi satu panjang satu jalan

- Sedikit lebih lambat berbanding penghantaran selari


Bagi menjelaskan lagi perbezaan Penghantaran selari dan penghantaran serial , gambar telah di sertakan sekali








Bagi transmisi serial dipecahkan kepada 3 :


1)Synchronous 

Kedua-dua peranti penghantaran dan peranti penerima dikendalikan secara serentak

(klu untuk ingat adalah video live)


2)Asynchronous

Kumpulan bit boleh dihantar pada bila-bila masa dan penerima tidak pernah tahu
apabila mereka akan tiba

(klu untuk ingat adalah pm harga)



3) Isochronous

data dihantar pada masa yang sama seperti data lain yang untuk menyokong jenis aplikasi masa sebenar seperti suara streaming, video dan muzik

(klu untuk ingat adalah menyokong)




ARAH / ARAHAN TRANSMISI DATA


1.Simplex (satu arah komunikasi)

Contoh : Radio



2. Half duplex (Aliran data dalam 2 arah tetapi tidak pernah pada masa yang sama)



Contoh: Walkie -talkie




3. Full Duplex ( Data boleh bergerak di kedua-dua arah pada masa yang sama)






Contoh: Telefon






Comments

Popular Posts