Peralatan- Peralatan Network
Alhamdulillah , diberi kesempatan untuk menulis blog pada harini setelah sekian lama menghabukkan blogger ini huhuhu... Untuk posting kali ini saya ingin berkongsi tentang peralatan- peralatan network.
Peralatan Network diperlukan untuk melakukan pemprosesan data dan komunikasi di dalam rangkaian di sesebuah organisasi .Di antara peralatan network ialah
1)Fail Server
-Mempunyai RAM dan Penyimpanan jumlah yang besar didalam bilik khas .
2) Tempat kerja komputer
3) Network Interface Card (NIC)
-sambungan fizikal diantara rangkaian dan komputer tempat kerja
-NIC hanya digunakan di komputer jenis lama manakala komputer riba sudah tidak menggunkan NIC tetapi "wireless"
-Terdapat 3 NIC yang biasa digunakan iaitu :
i) Kad ethernet
-menyiadakan port samada kabel RJ45(UTP kabel) atau BNC(coaxial kabel)
-pemindahan data yang laju (10 Mbps)
ii) Penyambung Localtalk
-rangkaian khusus untuk Komputer jenis APPLE
- pemindahan data yang perlahan (0.23 Mbps)
iii) Token Ring Card (sama seperti Kad Ethenet)
4) Hub
-menghantar semua maklumat data
-menyambungkan server kepada komputer yang lain
-Semakin banyak tambahan rangkaian, semakin kurang laju rangkaian
5)Switch
-Fungsi sama seperti hub tetapi berbeza dalam cara menghantar maklumat /data
-Mengenal pasti peranti pada rangkaian dimana data tersebut
dan menghantar data ke nod itu sahaja
6)Repeater
-merangsang dan meningkatkan signal
7)Bridges
-serupa seperti hubs dan repeater
-mengurus informasi trafik rangkaian supaya mendapat prestasi yang optimum
8) Routers
-Menentukan laluan terbaik untuk menghantar data ke atas
Internet.
Kesemua peralatan yang disenaraikan ini kebanyakannya terdapat didalam bilik server. InSyaaAllah untuk post yang seterusnya akan menghujahkan lagi mendalam tentang bilik server . Jumpa lagi :)













Comments
Post a Comment