komunikasi manusia suatu ketika dahulu sehingga kini
Post kali ini kita "throwback" kembali bagaimanakah komunikasi dapat berkembang dari zaman atuk nenek kita sehinggalah zaman moden atau lebih dikenali sebagai generasi "Y" . Mesti ada pengalaman atau memori memori yang mencuit hati memiliki alat komunikasi yang "legend" pada suatu ketika dulu .
Zaman sekarang sangat canggih sehinggakan kanak-kanak didedahkan dengan penggunaan telefon pintar sejak kecil lagi. Sangat berbeza dengan zaman dahulu kerana manusia tidak mempunyai sebarang alat untuk berkomunikasi untuk menghubungkan diantara satu sama lain.
Berikut merupakan carta alir manusia berkomunikasi daripada zaman dahulu sehingga sekarang
1.SURAT
Pada zaman nenek moyang kita, komunikasi mereka hanyalah melalui surat yang ditulis untuk dihantar kepada penerima dan peranan posmen ( penghantar surat) adalah untuk menghantar surat. Cuba bayangkan jika berlaku kematian , berapa lama kah waktu dan masa yang diperlukan untuk memberitahu satu kampung tentang khabar berita tersebut dan apatah lagi saudara pada jarak jauh .
2.TELEFON
Seperti yang kita ketahui pencipta telefon yang pertama adalah Alaxender Graham Bell. Telefon rumah yang lama tidak ada pada semua rumah dan hanya tertumpu kepada rumah yang berjawan besar atau tinggi seperti ketua kampung atau penghulu sahaja untuk membuat panggilan .
3.TELEFON BOTOL/TELEFON BIMBIT/TELEFON AWAM
Telefon berbentuk seperti botol air wujud pada sekitar tahun 80-an iaitu telefon yang menggunakan frekuensi radio. Kemudian telefon bimbit NOKIA 3310 diperkenalkan sekitar tahun 2000 dimana sangat popular di zaman itu dengan harga yang agak mahal . Selain itu , telefon awam yang ada di tempat awam dengan menggunakan duit syiling dimasukkan untuk membuat panggilan. Tetapi, telefon awam sekarang hanyalah tinggal kenangan dan tinggal tiang sahaja mungkin ditiup angin dan masih digunakan pada tempat tertentu iaitu di sekolah sekolah harian dan asrama sahaja.
4.KOMPUTER
Seterusnya, kemunculan komputer dan laptop dalam telekomunikasi adalah seperti penggunaan e-mel seperti yahoo mail , gmail , hotmail dan sebagainya berfungsi sebagai pesanan surat melalui jaringan komputer tambahan pula penggunaan akses internet yang boleh menghubungkan satu dunia menerima data atau maklumat dengan mudah.
5. SMART PHONE
Paling trending di abad ini adalah keluaran akan datang telefon pintar Iphone 8 dan Iphone X .
Telefon pintar mempunyai ciri pengkomputeran maju berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan jenis telefon seperti IOS, ANDROID dan WINDOWS.
Akhir kata, di antara aplikasi yang paling ramai penggunaannya adalah Facebook,Twitter , Instagram dan sebagainya yang boleh menghubungkan manusia satu dunia .










Comments
Post a Comment