Pengenalan Diri
Terlebih dahulu saya memperkenalkan nama saya ialah Irsyad Haziq Bin Mohamad Hashim penulis blog ini iaitu Telekomunikasi dan Network. Saya juga merupakan pelajar separuh masa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pendidikan Kemahiran Hidup sesi 2017.
Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk memberikan info dan berkongsi maklumat tentang aplikasi internet yang boleh diguna pakai , dapat mempelajari jenis jenis network , data komunikasi , network topologi, data transimisi , jenis - jenis kabel , peralatan network serta fungsi dan sebagainya yang telah di beri tunjuk ajar oleh pensyarah saya iaitu PM Dr Norrafandy Bin Yahya .
Selain itu, untuk Semester 1 subjek SPPM 1013 Telekomunikasi Dan Network , saya mendapat tugasan iaitu membuat dan mencipta blog . Kepada pembaca blog ini , terima kasih kerana sudi melawati blog saya dan berharap segala info yang diberikan dapat dipraktikkan dan diguna pakai untuk kehidupan seharian anda.
Setakat ini pengenalan saya dedahkan kepada anda, InShaaAllah saya akan mengemaskini post saya daripada semasa ke semasa . Saya sertakan gambar saya dibawah bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta . Assalammualaikum .
Comments
Post a Comment